Morning morning morning,
Hari ini hari malas sedunia. Email kat Boss Purchase Order dah dua kali kena complain. Hisshhhhh bukan salah aku. Aku pun nak tunggu sampai akhir tahun ni je. Ponat deh ulang alik dari Pasir Gudang ke Nusajaya. Perghhh
Lalu tol E22 : Tol Cahaya Baru to Senai. RM 7.90
SENAI to Lima Kedai: RM3.90
Satu perjalanan pergi. Balik belum kira lagi. Uwawawawawa. Dengan keadaan sekarang ini kena berkorban sikit demi baby insert ini. Dah lah kereta manual. Lalu EDL memang pengsanlah jem memanjang. Dengan keadaan diriku yang ada risiko tinggi. Hishhhh
Nak kongsi sikit tentang KEGUGURAN DAN DNC SERTA PREGGY BLEEDING
KEGUGURAN:
Keguguran Kali Pertama May 2009
Actually aku berkahwin sudah masuk tahun ke 6. Tahun 2009 aku berkahwin dan aku bunting pelamin, Masa tu takde pengalaman tentang pregnant dan tak jangka sangkut begitu cepat. Alahmdulilah syukur syukur. Tapi kegembiraan itu tak lama, sebab aku keguguran setelah usia kandungan 3 bulan. Begitu citenya. Sob sob sob
Aku kahwin 8 Mac 2009, bulan 4 ada bleeding tapi warna coklat. AKu ingat period tapi tak putus-putus dan baunya tak senang sikit. Aku pun pergilah klinik, doc cakap mungkin mengandung. Hishhh tak caye masa tu dan dirujuk ke Hospital. Jumpalah Doc Suhaimi (Hospital Penawar). Check dan scan dah dengar jantung baby. Tak tercakap apa2 dengan doctor. Terdiamm dua-dua. Alhamdulilah. Syukur dalam hati.
Bleeding still ada lama juga. Masa tu aku tak cakap kat sape2 termasuk ibu bapa dan keluarga aku. Sampailah satu masa tu, aku angkat benda berat. Angkat tangga beb 12 step dari kedai sampai rumah. Yang suruh pun suami aku juga. Naik motor masa tu. Macam org buat umah tu. Krik krikk. Hihihi. Sampai je rumah, darah kuar tak henti2 disertakan dengan sakit bawah perut. Just cakap kat husband. Dia cakap biasalah tu. Dua dua cetek ilmu tentang ini. Masa tu aku dah pakai pad dah. Tup tup tup tengah tengok cite seram tv3, aku g toilet berdebus jatuh. Terus jerit2 panggil suami, yang jatuh tu adalah janin dalam kantung. Mengucap panjang. Suami ambil masuk dalam plastik konon nak bawa g Sepital.
Sampai di hospital jam 12 am hospital Ismail. Perghhh punye ramai orang. Tunggu dan tunggu dah jam 2pagi. Masuk labour room ntah apa misi buat pun tak tau. Dah lah garang terjerit-jerit kat kaunter tu. Yang aku ingat lepas dia selok bawah guna apa ntah tu nak tengok complete ke tidak kuar ada darah ke tidak memang bisa. Sakit. Rasa sakit itu lagi dari bersalin. Memangislah. Darah kuar sangat banyak smp ke lantai. Sb misi tu suruh aku turun sendiri dari katil. Selitkan pad pun dah tak boleh wt apa darah kuar byk.
Masuk wad jam 3 pagi. Masa tu sakit macam apa. Pagi esok baru call adk beradik dan emak di kampung. Krik krikk bebel.
Koi 2 pm baru kena tarik masuk labour room. Masuk ubat bius tak taulaa apa dia buat tak sedar. Dan aku sedar dorg lom siap lagi. Tapi bius dah habis. Bermakna dorg wat keje lebih 2 jam. Ubat bius tu hanya 2 jam je.
Masa keguguran pertama ni sakit ya amat. Selepas tu pun sakit juga. Hishhh seksa sikit kena dnc kt gov ni. Myb bahagian saya kena mcm tu.